Skip to main content

DETIK MANIS STPM

Assalamualaikum...kali ini saya ingin berkongsi mengenai detik manis semasa saya di STPM.  Keinginan untuk mendapatkan yang terbaik pastilah menggunung dalam diri saya kerana sejak dari sekolah rendah lagi saya tidak berjaya memberikan keputusan yang cemerlang kepada keluarga saya apabila hanya memperoleh 4A 1B di UPSR, 5A 3B di PMR dan 3A di SPM. Setiap kali mendapat keputusan saya akan berasa sedih kerana tidak mampu mendapat keputusan "straight A". Oleh hal yang demikian saya berazam pada diri saya untuk menjadi pelajar terbaik STPM. 

       Setelah tamat pembelajaran semester 1 di tingkatan enam saya menghadapi peperiksaan semester 1 dan memperoleh keputusan yang agak cemerlang dengan pngk 3.58. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana diluar jangkaan saya untuk memperoleh keputusan sedemikian. Namun dalam kegembiraan terselit sedikit kesedihan apabila terdapat rakan saya yang memperoleh keputusan lebih baik dengan pngk 3.92. Saya terus bertekad dan berazam untuk memperbaiki keputusan peperiksaan saya untuk semester akan datang. Seperti biasa setelah tamat pembelajaran saya menghadapi peperiksaan semester 2 dan memperoleh keputusan yang kurang memberangsangkan dengan pngk 3.3. Hal ini disebabkan oleh kecuaian dan kelekaan saya dalam menguruskan masa belajar dan masa membuat esaimen. Setelah kejadian semester 2, saya merangcang aktiviti pembelajaran saya dengan lebih teratur bagi memastikan keputusan yang diperoleh untuk semester 3 lebih baik. Alhamdulillah berkat doa, usaha dan bantuan guru dan rakan saya telah berjaya mendapat keputusan yang lebih baik untuk semester 3 ini. Namun, keputusan penuh untuk STPM masih belum diumumkan. 

         Masa yang ditunggu telah tiba, iaitu hari pengumuman keputusan rasmi STPM untuk tahun 2016. Saya datang ke sekolah bersama rakan karib saya untuk mengambil keputusan STPM tanpa bertemankan ibu saya kerana terdapat hal yang menghalang. Alhamdulillah impian saya untuk menjadi pelajar terbaik tercapai apabila nama saya diumumkan sebagai salah seorang penerima anugerah pelajar terbaik STPM 2016 bersama lima orang rakan yang lain. Rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada yang maha esa apabila saya berjaya mencapai impian saya selama ini. Berita gembira tersebut telah saya sampaikan kepada ibu saya dan beliau dengan rasa sebak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saya . Walaubagaimanapun rasa sebak menyelubungi diri saya apabila saya tidak meraikan detik manis ini bersama-sama ayah saya. Oleh itu, saya berazam untuk mengulangi detik manis itu semasa di univeristi.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang berwarna g

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                            10:30 am-8:30 pm (Sabtu & Ahad) 3.  MINAZ Alamat : No 20-02, Seri Bangi, Jala

COKLAT MURAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum semua, saya ingin kongsikan satu tempat yang sesuai untuk anda membeli pelbagai jenis coklat pada harga yang berpatutan, saya pernah menjejakkan kaki di sini untuk beberapa kali dan sememangnya sangat menyeronokkan apabila dapat berbelanja pelbagai jenis coklat pada harga yang rendah. Oleh itu, di bawah ini saya sertakan alamat serta beberapa keping foto coklat murah Johor : COKLAT MURAH JOHOR Alamat : No. 2, Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato' Onn, 80350 Larkin, Johor Bahru  ☎️        016 - 786 1689   2.00 PM - 12.00 AM (Isnin - Khamis)  12 .00 PM - 2.00 AM (Jumaat - Ahad) Kepada sesiapa yang tercari-cari mana nak dapatkan coklat murah area Johor, di sini lah yang saya bole cadangkan. Saya cadangkan kedai ini sebab memang berbaloi kalau pergi sini kerana banyak pilihan coklat yang disediakan dengan harga yang berpatutan.