Skip to main content

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya perolehi semasa sedang berjalan ke perpustakaan. Saya dihulurkan sekeping kad oleh seorang mahasiswa UKM tentang tips untuk khatam al-quran dalam bulan Ramadhan ini. 
Kiraannya begini:
Al-Quran ada 604 muka surat.




Untuk khatam 1 kali:
Cuma perlu baca 20 muka surat sehari
Subuh = 4 muka surat
Zohor = 4 muka surat
Asar = 4 muka surat
Maghrib = 4 muka surat
Isyak = 4 muka surat


Untuk khatam 2 kali:
Cuma perlu baca 45 muka surat sehari
Subuh = 9 muka surat
Zohor = 9 muka surat
Asar = 9 muka surat
Maghrib = 9 muka surat
Isyak = 9 muka surat


Untuk khatam 3 kali:
Cuma perlu baca 60 muka surat sehari
Subuh = 12 muka surat
Zohor = 12 muka surat
Asar = 12 muka surat
Maghrib = 12 muka surat
Isyak = 12 muka surat

Untuk khatam 4 kali:

Cuma perlu baca 90 muka surat sehari
Subuh = 18 muka surat
Zohor = 18 muka surat
Asar = 18 muka surat
Maghrib = 18 muka surat
Isyak = 18 muka surat

Semoga tips yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada semua. Semoga kita sama-sama melipat gandakan lagi ibadah kita di bulan ramadhan ini. Insha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

KOSTUM BAJU KOIR 2018

                Assalamualaikum semua. Untuk pengetahuan semua shaa merupakan salah seorang pelajar citra koir II untuk tahun 2018.  Foto di bawah menunjukkan contoh kostum baju koir yang digunakan oleh semua pelajar LMCZ3722 Kursus Citra Koir II tahun 2018. Baju ini merupakan rekaan sepenuhnya oleh pelajar koir sendiri. Dengan corak yang bersesuaian dan kualiti yang baik ianya telah memberikan keselesaan kepada para pelajar koir untuk menggunakannya.                 Baju koir ini akan digunakan untuk membuat sesuatu persembahan sama ada di dalam atau di luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bersifat   lebih santai. Seterusnya, baju ini juga akan digunakan sebagai baju rasmi kelab koir dan citra koir untuk tahun 2018 ini. Walaubagaimanpun, kostum ini bukanlah merupakan baju yang akan digunakan oleh ahli koir setiap kali persembahan kerana untuk ...