Skip to main content

SEKOLAH TERBILANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini terdetik di pemikiran saya untuk meceritakan sebuah institusi yang sangat bermakna yang memberi seribu satu pengalaman sehingga saya berjaya dengan cemerlang untuk keputusan peperiksaan STPM.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara,, Jarang Sekali didengari tetapi melahirkan insan yang berkualiti  dan berjaya.Saya adalah salah seorang pelajar Prauniversiti di sekolah tersebut pada sesi 2015/2016. Pertama kali saya menjejakkan kaki saya ke sekolah tersebut, saya terdiam dengan suasana sekolah tersebut yang agak lama dan suram. Pandangan pertama saya terhadap sekolah itu sangat negatif kerana memikirkan prasananya yang lama dan tidak selesa. walau bagaimanapun, rupa sesuatu tepat kita belajar bukanlah pemusnah kejayaan kita suatu hari nanti. Saya percaya, orang yang rajin, taat dan hormat kepada guru adalah kunci kejayaan seseorang pelajar. 

Setelah melangkah masuk ke bangunan tersebut, pemikiran saya meleset dan apa yang saya fikirkan sangat jauh bezanya. Bangunan tersebut mempunyai latar dan suasana yang cantik dan harmoni.  luar sahaja nampak  tidak gah, tapi bila masuk, bangunan ini tidaklah menyedihkan. Ya, tujuan saya ke sana bukanlah untuk terlalu memilih tempat belajar, tetapi berbalik kepada tujuan sebenar adalah untuk mencipta kejayaan suatu hari nanti. Saya di sini ingin meceritakan detik pahit manis saya sepanjang berada di sekolah ini. 

Antara perkara yang paling saya suka dan sering bermain diingatan sehingga sekarang ialah perwatakkan peensyarah-pensyarah kami di sekolah tersebut. Pensyarah kami semua sangat baik dan mengambil berat tentang kami semua. Mereka tidak penat mengajar dan membantu kami untuk mencapai kejayaan pada akhirnya. Ya, kami akui, kami sangat nakal, kami sering dimarahi kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. pernah kami turun naik tangga setinggi empat tingkat sebanyak 10 pusingan, pernah juga hasil kerja kami dikoyak dan dibuang, pernah juga kami di marahi dan ditengking, tetapi itu semua atas satu tujuan iaitu untuk mendidik kami semua, Saya pasti tidak semua sekolah seperti sekolah kami. Kami dijaga dengan tegas dan rapi. 

Sekolah kami juga sering mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Hampir setiap hari, setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula, kami membaca surah Yassin. Prinsip sekolah kami adalah mencapai keseimbangan dalam melahirkan modal insan dari segi intelek, rohani, jasmani dan juga emosi. kami didedahkan dengan program kerohanian.

Banyak lagi perkara yang ingin diceritakan, kata orang, yang indah-indah tidak semua perlu diceritakan. Biarlah kita sahaja yang rasa pahit manis sesuatu pengalaman. Saya menganggap sekolah ini terbilang kerana pada sesi 2015/2016, sekolah ini menjadi sekolah terbaik negeri Johor, kedudukan di dalam Negeri adalah pada tempat yang pertama manakala di Malaysia adalah pada tempat yang ke lapan peperiiksaan STPM. Itulah Buktinya....

sekiaannnn....

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang berwarna g

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                            10:30 am-8:30 pm (Sabtu & Ahad) 3.  MINAZ Alamat : No 20-02, Seri Bangi, Jala

COKLAT MURAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum semua, saya ingin kongsikan satu tempat yang sesuai untuk anda membeli pelbagai jenis coklat pada harga yang berpatutan, saya pernah menjejakkan kaki di sini untuk beberapa kali dan sememangnya sangat menyeronokkan apabila dapat berbelanja pelbagai jenis coklat pada harga yang rendah. Oleh itu, di bawah ini saya sertakan alamat serta beberapa keping foto coklat murah Johor : COKLAT MURAH JOHOR Alamat : No. 2, Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato' Onn, 80350 Larkin, Johor Bahru  ☎️        016 - 786 1689   2.00 PM - 12.00 AM (Isnin - Khamis)  12 .00 PM - 2.00 AM (Jumaat - Ahad) Kepada sesiapa yang tercari-cari mana nak dapatkan coklat murah area Johor, di sini lah yang saya bole cadangkan. Saya cadangkan kedai ini sebab memang berbaloi kalau pergi sini kerana banyak pilihan coklat yang disediakan dengan harga yang berpatutan.