Skip to main content

AYAM BUTTERMILK


Hai semua, ok harini saya nak kongsi resipi yang sedap dan mudah untuk dibuat.  Ayam buttermilk 😵hahahah.. Ok ianya sangat mudah untuk dibuat dan agak terkenal sekarang. Berikut merupakan langkah-langkah dan bahan-bahan yang diperlukan :


         Bahan-Bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cecair
  • 3 bantal bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 pisau mentega besar
  • 2 batang daun kari
  • 4 biji cili padi

         Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:


  • Tepung gandum 2-3 besar
  • Campuran serbuk kari besar
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air cukup

       

         Cara Penyediaan

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam goreng tadi.
  7. Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

      


Foto di atas merupakan hasil daripada air tangan saya sendiri

      Tips

  • Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

         Ok itu sahaja, mudahkan? Jadi, selepas ini boleh cuba .

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

COKLAT MURAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum semua, saya ingin kongsikan satu tempat yang sesuai untuk anda membeli pelbagai jenis coklat pada harga yang berpatutan, saya pernah menjejakkan kaki di sini untuk beberapa kali dan sememangnya sangat menyeronokkan apabila dapat berbelanja pelbagai jenis coklat pada harga yang rendah. Oleh itu, di bawah ini saya sertakan alamat serta beberapa keping foto coklat murah Johor : COKLAT MURAH JOHOR Alamat : No. 2, Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato' Onn, 80350 Larkin, Johor Bahru  ☎️        016 - 786 1689   2.00 PM - 12.00 AM (Isnin - Khamis)  12 .00 PM - 2.00 AM (Jumaat - Ahad) Kepada sesiapa yang tercari-cari mana nak dapatkan coklat murah area Johor, di sini lah yang saya bole cadangkan. Saya cadangkan kedai ini sebab memang berbaloi kalau pergi sini kerana banyak pilihan coklat yang disediakan dengan harga yang berpatutan.