Assalamualaikum, harini saya ingin kongsikan pengalaman saya menjalani temu bual bersemuka di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas memohon melalui UPU. Saya menjalani interview pada 6 Jun 2017 di bulan Ramadhan.
Saya bergerak dari rumah pada jam 4:00 pagi 6 Jun 2017 bersama abang dan kakak. Perjalanan mengambik masa lebih kurang 3 jam 15 minit dari Johor Bahru ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Setelah tiba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya mendaftar diri di meja laporan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) di aras 4. Setelah selesai mendaftar diri saya diarahkan oleh pihak yang bertugas untuk naik ke bilik temu bual bersemuka di aras 5. Setelah tiba di bilik berkenaan saya mendapati saya antara orang yang terawal tiba untuk ditemubual. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli dalam satu kumpulan. Saya merupakan kumpulan pertama yang di temu bual oleh para pensyarah.
Alhamdulillah saya berjaya melepasi temubual bersemuka itu setelah berjaya menjawab beberapa soalan yang telah diajukan oleh para pensyarah. Antara soalan yang diajukan ialah pengenalan diri secara ringkas, sebab-sebab mengapa pihak Univerisiti Kebangsaan Malaysia perlu mengambil saya, apakah kelebihan saya berbanding orang lain, pengetahuan saya mengenai kos ekonomi, mengapa saya memilih Univerisiti Kebangsaan Malaysia, dan mengapa saya memilih kos ekonomi.
Setelah selesai sesi temubual secara bersemuka dengan para pensyarah, saya pulang ke rumah di Johor. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menghadapi temubual secara bersemuka ini. Antaranya ialah buat persediaan awal sebelum pergi temubual secara bersemuka iaitu dengan mengetahui tentang bidang yang ingin kita ceburi, kaji tentang universiti yang kita pilih, datang awal semasa hari temubual secara bersemuka untuk mengelakkan rasa gemuruh semakin tinggi, yakin pada diri sendiri, jangan terlalu gopoh untuk menjawab soalan, letakkan diri dalam keadaan tenang, sentiasa senyum semasa bersemuka dengan panel penemuduga.
Sekian sahaja perkongsian daripada saya pada harini, terima kasih.

Wynn Las Vegas - JTG Hub
ReplyDeleteWynn Las Vegas 광주 출장마사지 offers the best 광주 출장마사지 in entertainment, 김제 출장마사지 dining 안산 출장샵 and nightlife in Las Vegas, NV. Book today to experience the full range 경산 출장샵 of Wynn Resorts