Assalamualaikum, saya nak berkongsi beberapa tips yang saya amalkan sehingga menjadi seorang pelajar cemerlang STPM.
1. Menjaga hubungan dengan Allah
Hubungan dengan Allah sangat perlu untuk dijaga. Hal ini kerana tanpa keredhaannya kita tidak akan berjaya walaupun kita seorang yang bijak. Tips yang boleh diberikan ialah jangan tinggal solat, istiqamah dalam membaca al-Quran serta lakukan solat-solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan solat sunat taubat. Amalan ini perlulah dijadikan amalan seharian dan jangan ditinggalkan.
2. Menjaga hubungan dengan ibu bapa
Ibu bapa merupaka individu yang sangat rapat dengan diri kita, oleh itu tutur kata dan tingkah laku perlulah dijaga semasa bercakap dengan mereka. Janganlah sampai ada tutur kata atau tingkah laku kita yang boleh menyinggung perasaan mereka kerana keberkatan juga datang dari mereka. Doa ibu bapa sangat mustajab oleh itu ringankan lah mulut untuk meminta mereka mendoakan kejayaan kita di dunia dan di akhirat. Jika mereka meminta bantuan utamakan mereka walaupun pada ketika itu kita sedang belajar kerana terdapat pelbagai manfaat jika kita tidak mengingkari ibu bapa kita.
3.Menjaga hubungan dengan guru-guru
Hubungan dengan guru-guru juga perlu dijaga kerana doa guru-guru juga merupakan antara doa yang dimakbulkan. Bantulah guru kita tanpa disuruh kerana dalam setiap bantuan yang kita hulurkan pasti akan terselit doa yang baik untuk diri kita. Jangan jadi seorang murid yang biadap terhadap guru-guru seperti melawan atau mengingkari arahannya.
4.Menjaga hubungan dengan orang sekeliling
Dalam pada kita menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan guru-guru, kita juga dinasihatkan untuk menjaga hubungan dengan orang sekeliling sepeti rakan-rakan. Berkongsi maklumat atau memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan akan menyebabkan ilmu kita lebih diberkati oleh Allah. Selain itu juga peliharalah juga hubungan kita dengan haiwan seperti kucing dan tumbuh-tumbuhan minta mereka doakan kejayaan kita.
Setakat itu sahaja perkongsian daripada saya, terima kasih kerana sudi membaca.
Comments
Post a Comment