Skip to main content

PENGALAMAN DI TBS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini saya hendak menceritakan pengalaman di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Banyak pengalaman yang mencemaskan dan pengalaman tersebut tidak akan saya lupakan bersama rakan-rakan saya di TBS.

Antara pengalaman yang saya akan ceritakan ialah tidur di dalam TBS. Pada mulanya saya bersama rakan-rakan menonton wayang di Midvalley. Kami bergerak dari UKM sekitar jam 6.00 petang dan tiba di Midvalley pada jam 6.40 petang dengan menaiki KTM. Kami terus ke kaunter tiket wayang dan menempah tiket wayang pada jam 8.00 malam. Kami menunaikan solat fardhu maghrib dan terus ke panggung wayang untuk menonton cerita Avengers Infinity War. Kami keluar dari panggung pada 10.35 malam. Kami menunaikan solat fardhu Isyakk dan terus menuju ke stesen UKM. Setelah tiba di stesen tersebut, kami mendapati stesen tersebut telah kosong dan tiada orang. salah seorang daripada kami menyatakan bahawa pergerakan KTM telah tamat. Pada mulanya kami menyangka KTM tamat beroperasi pada jam 11.00 malam. Pemikiran kami meleset dan kami mula cemas. Kami naik semula ke pusat membeli-belah Midvally untuk menempah Grab Car. Pada mulanya Grab menerima tempahan kami tetapi setelah hampir setengah jam Grab masih belum menjemput kami. Kami menempah Grab untuk ke TBS kerana jika kami menempah untuk ke UKM, tiada Grab yang ingin menerima kerana terlalu jauh dan telah lewat malam. Kami tiba di TBS pada jam 11.05 malam dan harapan untuk ke UKM telah musnah kerana segala perkhidmatan pengangkutan awam telah tamat beroperasi. kami semua bercadang untuk menaiki Grab Car sekali lagi, tetapi disebabkan permintaan  bayaran yang terlalu tinggi kami memutuskan untuk bermalam di dalam TBS dan pulang pada keesokan hari. 






Suasana di TBS sangat selesa dan selamat. Terdapat banyak pegawai keselamatan yang menjaga kawasan tersebut untuk menjaga keselamatan orang ramai yang bermalam di TBS. kemudahan yang disediakan di TBS juga lengkap dan canggih. Terdapat premis hotel bajet untuk penyimpanan barang dan juga tempat tidur. selain itu, kedai-kedai makanan juga banyak dan mempunyai pelbagai aneka pilihan makanan. Kami tidak terlalu semasa berada disana sepanjang malam kerana kami sering diawasi oleh pihak keselamatan. Perkhidmatan yang canggih juga menyebabkan kegiatan ulat tiket tidak dapat dijalankan. Terdapat lebih dari 40 kaunter yang dibuka untuk membeli tiket dari pelbagai syarikat. Di TBS kita tidak perlu memilih premis mengikut syarikat yang kita mahu. Satu kaunter menyediakan semua perkhidmatan dari pelbagai syarikat bas.

Jadi, sebagai kesimpulannya, rancang perjalanan anda sebaiknya agar tidak berlaku perkara sedemikian kepada anda semua.

Comments

Popular posts from this blog

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya perolehi semasa sedang berjalan ke perpustakaan. Saya dihulurkan sekeping kad oleh seorang mahasiswa UKM tentang tips untuk khatam al-quran dalam bulan Ramadhan ini.  Kiraannya begini: Al-Quran ada 604 muka surat. Untuk khatam 1 kali: Cuma perlu baca 20 muka surat sehari Subuh = 4 muka surat Zohor = 4 muka surat Asar = 4 muka surat Maghrib = 4 muka surat Isyak = 4 muka surat Untuk khatam 2 kali: Cuma perlu baca 45 muka surat sehari Subuh = 9 muka surat Zohor = 9 muka surat Asar = 9 muka surat Maghrib = 9 muka surat Isyak = 9 muka surat Untuk khatam 3 kali: Cuma perlu baca 60 muka surat sehari Subuh = 12 muka surat Zohor = 12 muka surat Asar = 12 muka surat ...