Skip to main content

BUSKING

Hai selamat pagi semua..ok harini shaa nak cerita sedikit berkenaan aktiviti "busking" berdasarkan pengalaman yang shaa pernah alami sepanjang mengikuti kelab koir. Mesti ramai yang dah tahu apa itu aktiviti "busking" tapi harini shaa nak kongsi apakah manfaat-manfaat yang kita boleh peroleh daripada aktiviti tersebut.




Foto : Contoh aktiviti busking 

            Pada 2 Mei 2018, pelajar kursus citra koir II telah mengadakan aktiviti “busking” di Cafetaria Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jangka masa 2 jam iaitu dari jam 6 petang sehingga 8 malam. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar yang mengambil kursus citra koir II sebagai salah satu aktiviti atau tugasan yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar. Terdapat beberapa buah lagu yang telah dinyanyikan antaranya ialah Si Gadis Ayu dan This is Me.

            Oleh hal yang demkian, terdapat beberapa kebaikan yang telah para pelajar kursus citra Koir II perolehi daripada aktiviti ini. Antaranya ialah melalui aktiviti ini saya dan rakan-rakan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Hal ini kerana, terdapat segelintir pelajar termasuk saya yang mempunyai masalah untuk berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu, melalui aktiviti ini jelaslah di sini bahawa ianya merupakan satu aktiviti yang berguna dan bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, aktivit “busking” ini telah memberikan saya dan rakan-rakan satu pengalaman yang baharu ianya merupakan kali pertama saya melakukan aktiviti sebegini. 

         Selain itu, aktiviti ini juga memberikan manfaat kepada saya dan rakan-rakan sebagai satu persediaan sebelum menghadapi Karnival Citra Seni yang akan diadakan bagi menilai para pelajar citra kebudayaan yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Mei 2018. Melalui aktiviti ini, saya dan rakan-rakan telah mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki bagi memastikan persembahan yang akan diadakan pada Karnival Citra Seni adalah sebuah persembahan yang hebat dan membolehkan kami mendapat penilaian gred yang baik iaitu A.


Ok untuk gambar di atas tu, shaa cuma nak tunjukkan macam mana aktiviti busking dijalankan. Terima sudi singgah blog shaa, jumpa lagi. Assalamualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang berwarna g

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                            10:30 am-8:30 pm (Sabtu & Ahad) 3.  MINAZ Alamat : No 20-02, Seri Bangi, Jala

COKLAT MURAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum semua, saya ingin kongsikan satu tempat yang sesuai untuk anda membeli pelbagai jenis coklat pada harga yang berpatutan, saya pernah menjejakkan kaki di sini untuk beberapa kali dan sememangnya sangat menyeronokkan apabila dapat berbelanja pelbagai jenis coklat pada harga yang rendah. Oleh itu, di bawah ini saya sertakan alamat serta beberapa keping foto coklat murah Johor : COKLAT MURAH JOHOR Alamat : No. 2, Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato' Onn, 80350 Larkin, Johor Bahru  ☎️        016 - 786 1689   2.00 PM - 12.00 AM (Isnin - Khamis)  12 .00 PM - 2.00 AM (Jumaat - Ahad) Kepada sesiapa yang tercari-cari mana nak dapatkan coklat murah area Johor, di sini lah yang saya bole cadangkan. Saya cadangkan kedai ini sebab memang berbaloi kalau pergi sini kerana banyak pilihan coklat yang disediakan dengan harga yang berpatutan.