Skip to main content

CAFE YANG MENARIK DI JOHOR

Assalamualaikum, harini saya nak kongsikan beberapa kafe agak "hipster"di Johor. Semua orang tahu sekarang ni sudah menjadi tren makan di kafe yang moden, terutamanya remaja. Jadi, di bawah ini saya ade senaraikan beberapa kafe yang menarik di Johor.

Just Want Coffee, Homies

Just Want Coffee, Homies (JWC) merupakan salah satu kafe yang berkonsepkan kopi yang istimewa di Johor Bahru. Pada September 2014, Homies telah dilancarkan dengan konsep "home" di mana ianya memberikan suasana seolah-oleh berada di kawasan kediaman anda semasa menikmati hidangan. Untuk kafe ini, ianya berstatus halal dan mendapat kelulusan JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu untuk singgah di kafe ini.

Alamat : Jalan Molek 1/27, Taman Molek, 81100, Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Isnin-Ahad (12pm-12am)
No.Tel : 07-5622744







Café Racer oleh Grillbar

Cafe Racer berkonsepkan motosikal. Ianya terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Kafe ini menyajikan makanan halal yang lazat dengan harga yang berpatutan. Suasana kafe ini sangat selesa dan santai.

Alamat : 72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Isnin-Ahad (11:30 am-11pm)
No.Tel : 07-3350000







Chaiwalla and Co. Container Cafe

Kafe ini terletak berhampiran dengan Bazar Karat, Johor Bahru di Jalan Tan Hiok Nee seberang HSBC Bank. Ianya berdekatan dengan pintu gerbang ke Bazar Karat. Kafe ini menghidangkan makanan pastri yang lebih sesuai dimakan pada waktu santai. 

Alamat : Lot 2810, Tan Hiok Nee Street, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Ahad-Khamis (12 pm-12 am)
                           Jumaat-Sabtu (12 pm-1 am)
No. Tel : 016-7973999









Miyakori Café

Kafe ini merupakan sebuah "coffee house" yang berada di Johor. Kafe ini menyajikan 100% kopi Arabica terbaik dan teh yang berkualiti tinggi. Tagline untuk kafe ini ialah "Happy In A Cup" nyata menunjukkan bahawa kafe ini menyajikan sajian yang membawa kebahagiaan kepada pengunjung. Kafe ini akan bercuti pada setiap hari selasa.


Alamat : 41, Jalan Indah 42/14, Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor.
Waktu Operasi : Isnin, Rabu, Khamis & Ahad (12pm-10pm)
                           Jumaat & Sabtu (12pm-11pm)
No.Tel : 07-2444882











Comments

Popular posts from this blog

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya perolehi semasa sedang berjalan ke perpustakaan. Saya dihulurkan sekeping kad oleh seorang mahasiswa UKM tentang tips untuk khatam al-quran dalam bulan Ramadhan ini.  Kiraannya begini: Al-Quran ada 604 muka surat. Untuk khatam 1 kali: Cuma perlu baca 20 muka surat sehari Subuh = 4 muka surat Zohor = 4 muka surat Asar = 4 muka surat Maghrib = 4 muka surat Isyak = 4 muka surat Untuk khatam 2 kali: Cuma perlu baca 45 muka surat sehari Subuh = 9 muka surat Zohor = 9 muka surat Asar = 9 muka surat Maghrib = 9 muka surat Isyak = 9 muka surat Untuk khatam 3 kali: Cuma perlu baca 60 muka surat sehari Subuh = 12 muka surat Zohor = 12 muka surat Asar = 12 muka surat ...