Skip to main content

PROGRAM KHIDMAT BAKTI DI KIWANIS, MELAKA

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan pengalaman saya semasa mengadakan program khidmat bakti di KIWANIS Down Syndrome Foundation, Melaka Centre. Kumpulan Laskar Bintang Syurga telah mengadakan satu program khidmat bakti kepada masyarakat yang dianjurkan oleh Kursus Citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti bertempat di KIWANIS Down Syndrome Foundation, Melaka Centre pada tarikh 22 November 2017 dengan tema “Keceriaan Anda Kebahagiaan Kami”. 

Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai faedah yang saya perolehi melalui program tersebut. Antaranya ialah program tersebut dapat menambahka lagi pengetahuan saya tentang sindrom down serta cara untuk mengawal dan berinteraksi dengan mereka. Seterusnya, saya telah diberi peluang untuk menguruskan program serta menambah kemahiran komunikasi saya ke tahap yang lebih baik. Kanak-kanak di sana sangat ceria dengan kehadiran saya dan rakan-rakan yang lain di samping keterujaan mereka, saya juga turut berasa sangat gembira untuk menjalankan program dan berlapang dada mengadakan lawatan di sana untuk masa akan datang. Kehadiran kami juga disambut baik oleh kakitangan di sana serta kumpulan kami telah diberikan pujian atas program yang telah dijalankan serta mereka menjemput kami untuk hadir ke sana apabila mempunyai kelapangan waktu.




Setakat itu sahaja yang ingin saya kongsikan...

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

KOSTUM BAJU KOIR 2018

                Assalamualaikum semua. Untuk pengetahuan semua shaa merupakan salah seorang pelajar citra koir II untuk tahun 2018.  Foto di bawah menunjukkan contoh kostum baju koir yang digunakan oleh semua pelajar LMCZ3722 Kursus Citra Koir II tahun 2018. Baju ini merupakan rekaan sepenuhnya oleh pelajar koir sendiri. Dengan corak yang bersesuaian dan kualiti yang baik ianya telah memberikan keselesaan kepada para pelajar koir untuk menggunakannya.                 Baju koir ini akan digunakan untuk membuat sesuatu persembahan sama ada di dalam atau di luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bersifat   lebih santai. Seterusnya, baju ini juga akan digunakan sebagai baju rasmi kelab koir dan citra koir untuk tahun 2018 ini. Walaubagaimanpun, kostum ini bukanlah merupakan baju yang akan digunakan oleh ahli koir setiap kali persembahan kerana untuk ...