Skip to main content

RAMADHAN DI UKM

Pejam celik-pejam celik sudah tiba kita di bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan al-Mubaraq. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapat kita bertemu sekali lagi dengan bulan mulia ini. Seperti tidak sangka kerana masa berlalu terlalu pantas, sudah hampir dua semester saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia ini dan ini merupakan kali pertama saya menyambut ramadhan berjauhan dari keluarga. Bagi saya ianya merupakan satu pengalaman baharu kerana perlu menyediakan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka puasa sendirian tanpa bantuan ibu. Namun, saya tidak bersendirian apabila dikelilingi dengan rakan-rakan yang baik hati.

         Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa bazar ramadhan yang sering saya kunjungi untuk mencari juadah berbuka puasa. Antaranya ialah Bazar Ramadhan Jalan Reko, Bazar Ramadhan Seksyen 3, Bazar Ramadhan Seksyen 16 dan pelbagai lagi. Para penjual menjual aneka lauk-pauk serta kuih-muih yang sangat sedap dan menyelerekan pada harga yang sangat berpatutan. Antara menu yang pernah saya beli untuk dijadikan juadah berbuka puasa ialah nasi kerabu, roti john, kebab, murtabak, ayam percik, taufufa dan pelbagai lagi. 

              Pada kebiasaanya, saya hanya akan membeli makanan untuk berbuka puasa sahaja di bazar ramadhan manakala untuk makanan bersahur lazimnya saya akan membeli di cafe kolej kediaman pada waktu malam kerana kafe tersebut beroperasi dari jam 3:00 petang hingga 2:00 pagi. Sebenarnya saya sangat meminati memasak namun, aktiviti memasak adalah dilarang di kawasan kolej kediaman. 

                   Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf daripada semua pihak yang mengenali saya dan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan mendapat manfaat pada bulan yang penuh barakah ini.

Sekian, Assalamualaikum w.b.t...

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

KOSTUM BAJU KOIR 2018

                Assalamualaikum semua. Untuk pengetahuan semua shaa merupakan salah seorang pelajar citra koir II untuk tahun 2018.  Foto di bawah menunjukkan contoh kostum baju koir yang digunakan oleh semua pelajar LMCZ3722 Kursus Citra Koir II tahun 2018. Baju ini merupakan rekaan sepenuhnya oleh pelajar koir sendiri. Dengan corak yang bersesuaian dan kualiti yang baik ianya telah memberikan keselesaan kepada para pelajar koir untuk menggunakannya.                 Baju koir ini akan digunakan untuk membuat sesuatu persembahan sama ada di dalam atau di luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bersifat   lebih santai. Seterusnya, baju ini juga akan digunakan sebagai baju rasmi kelab koir dan citra koir untuk tahun 2018 ini. Walaubagaimanpun, kostum ini bukanlah merupakan baju yang akan digunakan oleh ahli koir setiap kali persembahan kerana untuk ...