Assalamualaikum semua. Untuk pengetahuan semua shaa merupakan salah seorang pelajar citra koir II untuk tahun 2018. Foto di bawah menunjukkan contoh
kostum baju koir yang digunakan oleh semua pelajar LMCZ3722 Kursus Citra Koir
II tahun 2018. Baju ini merupakan rekaan sepenuhnya oleh pelajar koir sendiri.
Dengan corak yang bersesuaian dan kualiti yang baik ianya telah memberikan
keselesaan kepada para pelajar koir untuk menggunakannya.
Baju koir ini akan digunakan untuk membuat sesuatu
persembahan sama ada di dalam atau di luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
yang bersifat lebih santai. Seterusnya,
baju ini juga akan digunakan sebagai baju rasmi kelab koir dan citra koir untuk
tahun 2018 ini. Walaubagaimanpun, kostum ini bukanlah merupakan baju yang akan
digunakan oleh ahli koir setiap kali persembahan kerana untuk persembahan yang
lebih formal pihak Majlis Tertinggi (MT) Koir akan memilih pakaian yang lebih
bersesuaian untuk digunakan.
Kustom baju
koir ini boleh digunakan untuk sesi akan datang untuk mendapatkan keseragaman
dalam persembahan tetapi kostum ini juga perlu diberikan beberapa
penambahbaikan untuk menjadikan ianya lebih menarik. Sebagai contoh,
penambahbaikan dari segi pemilihan warna yang lebih bersesuaian untuk
menjadikan ianya lebih menyerlah.
Comments
Post a Comment