Hai, assalamualaikum guys, harini saya ingin menceritakan tentang kebaikan atau manfaat yang terdapat dalam Aloe Vera, Aloe Vera atau lidah buaya biasanya ia dikenali sebagai perawat masalah kulit, pada masa yang sama boleh merawat masalah kesihatan yang lain.
Lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan. Khasiat lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari. Terdapat kajian yang mendapati bahawa lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan. Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit. Kajian yang lain pula mendapati bahawa lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.
Kadang-kala, lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes). Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah. Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.
Sekian sahaja, terima kasih .
Comments
Post a Comment