Skip to main content

PENGENALAN DIRI

          Assalamualaikum, hai nama saya Nurul Syahidah binti Embok Upek. Umur saya ialah 21 tahun dan merupakan pelajar lepasan STPM sesi 2016/2017. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kulai, Johor. Sebuah negeri yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Saya bangga menjadi seorang rakyat negeri Johor. Seterusnya, saya dilahirkan pada 15 Jun 1997. Saya mempunyai lapan orang adik beradik yang terdiri daripada empat orang lelaki dan empat orang perempuan dan saya merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik beradik. Saya telah kehilangan seorang insan yang paling bermakna dan paling saya sayang dalam hidup saya iaitu ayah saya pada 4 Januari 2015.

          Saya mendapat pendidikan awal di SK Felda Sungai Sibol seterunya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di SMK Bandar Tenggara 2 yang merupakan sebuah sekolah kawalan dan sekolah kluster kecemerlangan. Saya menyambung pelajaran saya ke peringkat STPM di SMK Bandar Tenggara, Johor. SMK Bandar Tenggara telah tersenarai sebagai sepuluh sekolah terbaik STPM di Malaysia pada tahun 2016.

           Saya telah berjaya menggapai salah satu impian saya dalam hidup iaitu melanjutkan pelajaran di menara gading iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan antara universiti terbaik di Malaysia. Seperti yang semua sedia maklum bukanlah suatu yang mudah untuk menjadi salah seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, saya berasa sangat berbangga kerana menjadi salah seorang daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

          . 






Comments

Popular posts from this blog

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya perolehi semasa sedang berjalan ke perpustakaan. Saya dihulurkan sekeping kad oleh seorang mahasiswa UKM tentang tips untuk khatam al-quran dalam bulan Ramadhan ini.  Kiraannya begini: Al-Quran ada 604 muka surat. Untuk khatam 1 kali: Cuma perlu baca 20 muka surat sehari Subuh = 4 muka surat Zohor = 4 muka surat Asar = 4 muka surat Maghrib = 4 muka surat Isyak = 4 muka surat Untuk khatam 2 kali: Cuma perlu baca 45 muka surat sehari Subuh = 9 muka surat Zohor = 9 muka surat Asar = 9 muka surat Maghrib = 9 muka surat Isyak = 9 muka surat Untuk khatam 3 kali: Cuma perlu baca 60 muka surat sehari Subuh = 12 muka surat Zohor = 12 muka surat Asar = 12 muka surat ...