Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini saya ingin cerita tentang pendakian saya bersama rakan sekelas semasa belajar di Prauniversiti. Lokasi pendakian Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor
Gunung Muntahak terletak di Kota Tinggi, Johor Darul Takzim, mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki).
Pada 6 Februari 2016, kami bertolak dari sekolah seawal jam 6.30 pagi. Seramai 70 orang pelajar termasuk guru menyertai ekspidisi ini. Kami bertolak dengan menaiki dua buah bas dan beberapa buah kereta. Kami tiba di Air Terjun Kota Tinggi pada jam 7.25 pagi. Setelah sampai, kami segera membuat persiapan untuk mendaki Gunung Muntahak. Kami bertolak dari kawasan Air Terjun tepat pada jam 8.00 Pagi dengan bantuan pegawai hutan.
Sebelum sampai ke pinggir Gunung Muntahak, kami perlu berjalan melalui kebun kelapa sawit sejauh 8 ke 9 kilometer. Perjalanan yang agak memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Pelbagai jenis flora yang kami temui terutamanya pohon-pohon herba. Setelah berjalan kira-kira 45 minit meredah paya, bekas lombong lama dan semak resam, kami akhirnya tiba di kaki gunung dan berehat sebentar sebelum mendaki. Kami semua berasa teruja dengan keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasan tersebut walaupun keletihan. Pegawai tersebut menyatakan bahawa apabila anda telah sampai di kawasan sungai berjeram bermakna anda telah berjaya sampai ke kaki gunung Muntahak.

Seterusnya, setelah berehat hampir 10 minit, kami meneruskan perjalanan untuk mendaki gunung tersebut. Laluan pendakian sangat-sangat mencabar dan berisiko kerana ada kalanya laluannya amat sempit dan berjeram. Bantuan rakan-rakan ketika itu sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak di duga berlaku. Setelah beberapa minit, kami menjumpai air terjun yang dikatakan baru tingkat yang pertama. jika anda semua ingin tahu, gunung ini mempunyai air terjun sebanyak 10 tingkat. Setiap tingkat air terjun mempunyai keindahan tersendiri sehinggalah kami ke tingkat yang ke tujuh iaitu air terjun yang paling indah dan cantik. walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk menuju ke tempat tersebut, apa yang kami semua dapat sangat berbaloi dan memberi pengalaman yang sangat indah. walaubagaimanapun, guru kami ingin menamatkan pendakian kerana untuk ke tingkat yang seterusnya, pendakian semakin mencabar kerana cerun terlalu curam. Guru kami risau tentang keselamatan kami terutamanya wanita, Tetapi kami dapat berehat sepuasnya sambil menikmati keindahan alam. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk minum air mineral semula jadi yang mengalir pada cerun-cerun yang terdapat dikawasan tersebut. Air terjun yang setinggi kira-kira 30 meter turun menegak melalui permukaan seakan dinding dengan kecuraman 90 darjah. Terdapat kolam semulajadi yang berair jernih dan sejuk di bawahnya, sesuai untuk mandi-manda.
Setelah puas bermandi manda dan berehat, kami pulang semula ke kawasan Air terjun dan membuat persiapan untuk balik ke rumah. ekspidisi kami berakhir pada jam 2.30 petang. pengalaman ini tidak akan saya lupakan bersama-sama rakan sekolah saya.
sekian terima kasih,,,

Comments
Post a Comment