Skip to main content

PENGALAMAN DI UKM

          Untuk pertama kalinya saya berjauhan dari keluarga untuk menyambung pelajaran. Saya telah berjaya memasuki salah sebuah universiti terbaik di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam kos ekonomi dan pengurusan. Saya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26 Ogos 2017. 

     Saya ditempatkan di kolej kediaman Kolej Dato' Onn. Saya berasa amat bertuah kerana ditempatkan di sebuah kolej kediaman yang berhampiran dengan pusat kemudahan seperti Dewan Canselor Tunku Abdul Razak(DECTAR), Gelanggang Sukan UKM, Stadium UKM, serta berdekatan dengan fakulti pengajian. 

          Setelah berada di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 2 semester ini, saya memperoleh pelbagai manfaat dan pengalaman baharu. Antaranya ialah saya lebih berdikari kerana perlu menguruskan keperluan diri seperti membasuh baju sendiri. Saya juga memperoleh rakan-rakan yang baik hati di UKM. Saya ditempatkan di kolej kediaman sebilik dengan pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI) yang merupakan seorang yang sangat baik hati, sangat mengambil berat serta murah hati. Dia akan membantu saya apabila saya memerlukan dan juga tidak kedekut untuk memberikan bantuan sama ada berbentuk makanan atau pelbagai lagi.

          

Comments

Popular posts from this blog

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                           ...

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang b...

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya perolehi semasa sedang berjalan ke perpustakaan. Saya dihulurkan sekeping kad oleh seorang mahasiswa UKM tentang tips untuk khatam al-quran dalam bulan Ramadhan ini.  Kiraannya begini: Al-Quran ada 604 muka surat. Untuk khatam 1 kali: Cuma perlu baca 20 muka surat sehari Subuh = 4 muka surat Zohor = 4 muka surat Asar = 4 muka surat Maghrib = 4 muka surat Isyak = 4 muka surat Untuk khatam 2 kali: Cuma perlu baca 45 muka surat sehari Subuh = 9 muka surat Zohor = 9 muka surat Asar = 9 muka surat Maghrib = 9 muka surat Isyak = 9 muka surat Untuk khatam 3 kali: Cuma perlu baca 60 muka surat sehari Subuh = 12 muka surat Zohor = 12 muka surat Asar = 12 muka surat ...