Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

BUSKING

Hai selamat pagi semua..ok harini shaa nak cerita sedikit berkenaan aktiviti "busking" berdasarkan pengalaman yang shaa pernah alami sepanjang mengikuti kelab koir. Mesti ramai yang dah tahu apa itu aktiviti "busking" tapi harini shaa nak kongsi apakah manfaat-manfaat yang kita boleh peroleh daripada aktiviti tersebut. Foto : Contoh aktiviti busking              Pada 2 Mei 2018, pelajar kursus citra koir II telah mengadakan aktiviti “busking” di Cafetaria Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jangka masa 2 jam iaitu dari jam 6 petang sehingga 8 malam. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar yang mengambil kursus citra koir II sebagai salah satu aktiviti atau tugasan yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar. Terdapat beberapa buah lagu yang telah dinyanyikan antaranya ialah Si Gadis Ayu dan This is Me.             Oleh hal yang demkian, terdapat beberapa kebaikan yang telah para pelajar kursus citra Koir II perolehi daripada

MUZIK GAMELAN

Assalamualaikum dan hai semua, harini saya nak kongsikan tentang muzik gamelan. kenapa tiba-tiba gamelan ni? haha, sebab saya ada rasa minat dengan muzik gamelan ni sejak kumpulan gamelan membuat persembahan di karnival citra seni di UKM. Jadi, saya ada membuat kajian tentang muzik ini dan ingin kongsikan kepada semua. Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara di tabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau  “fix ed tuning” . Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.  Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kem

SEKOLAH TERBILANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini terdetik di pemikiran saya untuk meceritakan sebuah institusi yang sangat bermakna yang memberi seribu satu pengalaman sehingga saya berjaya dengan cemerlang untuk keputusan peperiksaan STPM. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara,, Jarang Sekali didengari tetapi melahirkan insan yang berkualiti  dan berjaya.Saya adalah salah seorang pelajar Prauniversiti di sekolah tersebut pada sesi 2015/2016. Pertama kali saya menjejakkan kaki saya ke sekolah tersebut, saya terdiam dengan suasana sekolah tersebut yang agak lama dan suram. Pandangan pertama saya terhadap sekolah itu sangat negatif kerana memikirkan prasananya yang lama dan tidak selesa. walau bagaimanapun, rupa sesuatu tepat kita belajar bukanlah pemusnah kejayaan kita suatu hari nanti. Saya percaya, orang yang rajin, taat dan hormat kepada guru adalah kunci kejayaan seseorang pelajar.  Setelah melangkah masuk ke bangunan tersebut, pemikiran saya meleset dan apa yang say

KONVOKESYEN UKM KALI KE-46

    Assalamualaikum, harini saya ingin kongsikan pengalaman saya membuat persembahan semasa konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-46. Pada bulan November yang lalu, pelajar kursus citra koir perlu membuat persembahan sampingan semasa Karnival Konvokesyen Univerisiti Kebangsaan Malaysia dijalankan. Kami dikehendaki untuk menyanyikan beberapa buah lagu. Antaranya  ialah lagu kebesaran Negeri Sembilan, Lagu Negaraku, Lagu Varsiti Kita, Ilmu Mutu dan Budi dan beberapa buah lagu laagi.        Pada pandangan saya ianya merupakan suatu pengalaman yang baharu kepada saya kerana tidak pernah melibatkan diri di dalam aktiviti sebegini. Dengan melibatkan diri dengan aktiviti tersebut saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini kerana saya mempunyai kelemahan untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teknik-teknik nyanyian yang betul melalui tenaga pengajar yang berpengalaman. Saya dan rakan-rakan telah dibahagi

MURTABAK CHEESE PALING BEST DI JOHOR

Hai, saya nak tanya kamu semua mengenai murtabak cheese. Saya yakin semestinya ramai yang mengetahui mengenai murtabak cheese ini. Tapi hari ini saya ingin kongsikan tempat menarik untuk cari yang paling sedap dan berpuas hati. Kalau nak cuba boleh ke alamat seperti di bawah ini: Alamat : Majid Murtabak Special No 1, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru Masa Operasi :  Isnin hingga Ahad ( 12 tengahari – 6 petang) Ini merupakan senarai menu yang ada di Murtabak Cheese Majid Johor Bahru. Harga disesuaian mengikut jenis murtabak. Kepada sesiapa penggemar kambing, bolelah cuba murtabak special cheese kambing. Murtabak Special Cheese Kambing Murtabak Special Cheese Daging Murtabak Special Cheese Ayam Kepada selain warga johor, kalau datang johor rugi tak singgah Murtabak Majid Kampung Kurnia ini.

THE CLASSES OF THE ANT

Hi, today im going to  share about my task that i've done for my Academic Communication 1 subject. I had found a very interesting topic that related to our daily life. So, this my own word that i can share for everyone. Although ants are frustrating when they get into your home or when they bite or crawl on your food. We rarely see they alone. They always in teen carry along together even just a bit of biscuit for their long journey from kitchen to their home in the cracking wall. They are social insect, which mean they live in large colonies or groups. They have their own unique characteristic who distribute task to various castes.  The queen is one of the classes of the ants. They have its differences between male workers and female ants through its large size, wings, bulky thorax, and central placement within the colony. The queen will noticeably bigger than the surrounding ants and be as a leader in the colony. Generally she will be the mother of all others ant in the co

TIPS PEMILIHAN WARNA DAN CORAK BAJU YANG BETUL

Memandangkan kita sudah sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan yang pastinya akan membuat ramai orang berbelanja untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, harini saya ingin kongsikan tips-tips pemilihan warna dan corak baju yang bersesuaian untuk pemilihan baju raya nanti. Jadi, di bawah ini saya ada sedikit perkongsian untuk semua yang saya pernah pelajari semasa di bangku sekolah lagi : 1) Badan gempal dan rendah - Pilih pakaian yang berwarna gelap -Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak  melintang. -Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk. -Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.  2) Badan gempal dan tinggi -Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah -Pilih pakaian yang berwarna g