Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

MANFAAT DAUN LIDAH BUAYA

NOW VIEWING Hai, assalamualaikum guys, harini saya ingin menceritakan tentang kebaikan atau manfaat yang terdapat dalam Aloe Vera, Aloe Vera atau lidah buaya biasanya ia dikenali sebagai perawat masalah kulit, pada masa yang sama boleh merawat masalah kesihatan yang lain.  Lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan. Khasiat lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari. Terdapat kajian yang mendapati bahawa lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran. Terdapat beberapa bukti

PENGALAMAN TEMU BUAL BERSEMUKA

Assalamualaikum, harini saya ingin kongsikan pengalaman saya menjalani temu bual bersemuka di Universiti Kebangsaan  Malaysia selepas memohon melalui UPU. Saya menjalani interview pada 6 Jun 2017 di bulan Ramadhan.         Saya bergerak dari rumah pada jam 4:00 pagi 6 Jun 2017 bersama abang dan kakak. Perjalanan mengambik masa lebih kurang 3 jam 15 minit dari Johor Bahru ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Setelah tiba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya mendaftar diri di meja laporan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) di aras 4. Setelah selesai mendaftar diri saya diarahkan oleh pihak yang bertugas untuk naik ke bilik temu bual bersemuka di aras 5. Setelah tiba di bilik berkenaan saya mendapati saya antara orang yang terawal tiba untuk ditemubual. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli dalam satu kumpulan. Saya merupakan kumpulan pertama yang di temu bual oleh para pensyarah.              Alhamdulillah saya berjaya

TEMPAT MENARIK DI BANGI DAN SEKITARNYA

1. Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi 2. Bangi Wonderland 3. Putrajaya 4. Taman Botani Putrajaya 5. Taman Wetland 6. Nafas Cube Berikut merupakan beberapa tempat menarik yang telah saya kunjungi dan saya berminat untuk berkongsi dengan anda semua.

COKLAT MURAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum semua, saya ingin kongsikan satu tempat yang sesuai untuk anda membeli pelbagai jenis coklat pada harga yang berpatutan, saya pernah menjejakkan kaki di sini untuk beberapa kali dan sememangnya sangat menyeronokkan apabila dapat berbelanja pelbagai jenis coklat pada harga yang rendah. Oleh itu, di bawah ini saya sertakan alamat serta beberapa keping foto coklat murah Johor : COKLAT MURAH JOHOR Alamat : No. 2, Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato' Onn, 80350 Larkin, Johor Bahru  ☎️        016 - 786 1689   2.00 PM - 12.00 AM (Isnin - Khamis)  12 .00 PM - 2.00 AM (Jumaat - Ahad) Kepada sesiapa yang tercari-cari mana nak dapatkan coklat murah area Johor, di sini lah yang saya bole cadangkan. Saya cadangkan kedai ini sebab memang berbaloi kalau pergi sini kerana banyak pilihan coklat yang disediakan dengan harga yang berpatutan.

PROGRAM KHIDMAT BAKTI DI KIWANIS, MELAKA

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan pengalaman saya semasa mengadakan program khidmat bakti di KIWANIS Down Syndrome Foundation, Melaka Centre.  Kumpulan Laskar Bintang Syurga telah mengadakan satu program khidmat bakti kepada masyarakat yang dianjurkan oleh Kursus Citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti bertempat di KIWANIS Down Syndrome Foundation, Melaka Centre pada tarikh 22 November 2017 dengan tema “Keceriaan Anda Kebahagiaan Kami”.  Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai faedah yang saya perolehi melalui program tersebut. Antaranya ialah program tersebut dapat menambahka lagi pengetahuan saya tentang sindrom down serta cara untuk mengawal dan berinteraksi dengan mereka. Seterusnya, saya telah diberi peluang untuk menguruskan program serta menambah kemahiran komunikasi saya ke tahap yang lebih baik. Kanak-kanak di sana sangat ceria dengan kehadiran saya dan rakan-rakan yang lain di samping keterujaan mereka, saya juga turut berasa sangat gembira un

CAFE YANG MENARIK DI JOHOR

Assalamualaikum, harini saya nak kongsikan beberapa kafe agak "hipster"di Johor. Semua orang tahu sekarang ni sudah menjadi tren makan di kafe yang moden, terutamanya remaja. Jadi, di bawah ini saya ade senaraikan beberapa kafe yang menarik di Johor. Just Want Coffee, Homies Just Want Coffee, Homies (JWC) merupakan salah satu kafe yang berkonsepkan kopi yang istimewa di Johor Bahru. Pada September 2014, Homies telah dilancarkan dengan konsep "home" di mana ianya memberikan suasana seolah-oleh berada di kawasan kediaman anda semasa menikmati hidangan. Untuk kafe ini, ianya berstatus halal dan mendapat kelulusan JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu untuk singgah di kafe ini. Alamat : Jalan Molek 1/27, Taman Molek, 81100, Johor Bahru, Johor Waktu Operasi : Isnin-Ahad (12pm-12am) No.Tel : 07-5622744 Café Racer oleh Grillbar Cafe Racer berkonsepkan motosikal. Ianya terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Kafe ini menyajikan makanan halal yang l