Skip to main content

Posts

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya perolehi semasa sedang berjalan ke perpustakaan. Saya dihulurkan sekeping kad oleh seorang mahasiswa UKM tentang tips untuk khatam al-quran dalam bulan Ramadhan ini.  Kiraannya begini: Al-Quran ada 604 muka surat. Untuk khatam 1 kali: Cuma perlu baca 20 muka surat sehari Subuh = 4 muka surat Zohor = 4 muka surat Asar = 4 muka surat Maghrib = 4 muka surat Isyak = 4 muka surat Untuk khatam 2 kali: Cuma perlu baca 45 muka surat sehari Subuh = 9 muka surat Zohor = 9 muka surat Asar = 9 muka surat Maghrib = 9 muka surat Isyak = 9 muka surat Untuk khatam 3 kali: Cuma perlu baca 60 muka surat sehari Subuh = 12 muka surat Zohor = 12 muka surat Asar = 12 muka surat Mag
Recent posts

RAMADHAN DI UKM

Pejam celik-pejam celik sudah tiba kita di bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan al-Mubaraq. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapat kita bertemu sekali lagi dengan bulan mulia ini. Seperti tidak sangka kerana masa berlalu terlalu pantas, sudah hampir dua semester saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia ini dan ini merupakan kali pertama saya menyambut ramadhan berjauhan dari keluarga. Bagi saya ianya merupakan satu pengalaman baharu kerana perlu menyediakan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka puasa sendirian tanpa bantuan ibu. Namun, saya tidak bersendirian apabila dikelilingi dengan rakan-rakan yang baik hati.          Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa bazar ramadhan yang sering saya kunjungi untuk mencari juadah berbuka puasa. Antaranya ialah Bazar Ramadhan Jalan Reko, Bazar Ramadhan Seksyen 3, Bazar Ramadhan Seksyen 16 dan pelbagai lagi. Para penjual menjual aneka lauk-pauk serta kuih-muih yang sangat sedap dan menyele

PENGALAMAN DI TBS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini saya hendak menceritakan pengalaman di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Banyak pengalaman yang mencemaskan dan pengalaman tersebut tidak akan saya lupakan bersama rakan-rakan saya di TBS. Antara pengalaman yang saya akan ceritakan ialah tidur di dalam TBS. Pada mulanya saya bersama rakan-rakan menonton wayang di Midvalley. Kami bergerak dari UKM sekitar jam 6.00 petang dan tiba di Midvalley pada jam 6.40 petang dengan menaiki KTM. Kami terus ke kaunter tiket wayang dan menempah tiket wayang pada jam 8.00 malam. Kami menunaikan solat fardhu maghrib dan terus ke panggung wayang untuk menonton cerita Avengers Infinity War. Kami keluar dari panggung pada 10.35 malam. Kami menunaikan solat fardhu Isyakk dan terus menuju ke stesen UKM. Setelah tiba di stesen tersebut, kami mendapati stesen tersebut telah kosong dan tiada orang. salah seorang daripada kami menyatakan bahawa pergerakan KTM telah tamat. Pada mulanya kami menyangka KTM tamat

PENDAKIAN GUNUNG MUNTAHAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini saya ingin cerita tentang pendakian saya bersama rakan sekelas semasa belajar di Prauniversiti. Lokasi pendakian Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor Gunung Muntahak  terletak di Kota Tinggi, Johor Darul Takzim, mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Pada 6 Februari 2016, kami bertolak dari sekolah seawal jam 6.30 pagi. Seramai 70 orang pelajar termasuk guru menyertai ekspidisi ini. Kami bertolak dengan menaiki dua buah bas dan beberapa buah kereta. Kami tiba di Air Terjun Kota Tinggi pada jam 7.25 pagi. Setelah sampai, kami segera membuat persiapan untuk mendaki Gunung Muntahak. Kami bertolak dari kawasan Air Terjun tepat pada jam 8.00 Pagi dengan bantuan pegawai hutan. Sebelum sampai ke pinggir Gunung Muntahak, kami perlu berjalan melalui kebun kelapa sawit sejauh 8 ke 9 kilometer. Perjalanan yang agak memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Pelbagai jenis flora yang kami temui terutamanya pohon-pohon herba. Setelah b

BUTIK-BUTIK DI KAWASAN BANGI

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tempat untuk mencari baju raya yang cantik dan menarik. Kebiasaanya saya akan membeli baju raya ini secara atas talian sahaja melalui "Intagram" namun setelah saya belajar di UKM saya mendapat tahu bahawa butik-butik berkenaan berdekatan dengan UKM. Jadi, pada tahun ini saya bercadang  untuk membeli di butik sahaja kerana menjimatkan kos dan lebih berpuas hati. Berikut merupakan senarai butik yang sering saya kunjungi : 1. JUBAHSOUQ Alamat : 7-51-01 (Aras G), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:00 a.m-8:00 p.m (Isnin-Ahad)                     2.  LEEYANARAHMAN Alamat : 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi : 10:30 am-6:30 pm (Isnin-Jumaat)                            10:30 am-8:30 pm (Sabtu & Ahad) 3.  MINAZ Alamat : No 20-02, Seri Bangi, Jala

AMALAN-AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN

1. BERSAHUR Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.”  (HR. Bukhari) Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran. 2. MEMPERBANYAKKAN DOA Menurut sumber, oleh  doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.  (HR Ibn Majah) Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ra

BUSKING

Hai selamat pagi semua..ok harini shaa nak cerita sedikit berkenaan aktiviti "busking" berdasarkan pengalaman yang shaa pernah alami sepanjang mengikuti kelab koir. Mesti ramai yang dah tahu apa itu aktiviti "busking" tapi harini shaa nak kongsi apakah manfaat-manfaat yang kita boleh peroleh daripada aktiviti tersebut. Foto : Contoh aktiviti busking              Pada 2 Mei 2018, pelajar kursus citra koir II telah mengadakan aktiviti “busking” di Cafetaria Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jangka masa 2 jam iaitu dari jam 6 petang sehingga 8 malam. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar yang mengambil kursus citra koir II sebagai salah satu aktiviti atau tugasan yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar. Terdapat beberapa buah lagu yang telah dinyanyikan antaranya ialah Si Gadis Ayu dan This is Me.             Oleh hal yang demkian, terdapat beberapa kebaikan yang telah para pelajar kursus citra Koir II perolehi daripada