Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

BURASAK

Hai, saya nak kongsikan sedikit sejenis makanan yang menjadi tradisi saya semasa hari raya aidilfitri sebagai orang bugis. Burasak dan lepat lui enak dimakan dengan lauk raya seprti ayam masak merah, serunding, rendang daging dan pelbagai lagi. Setiap tahun keluarga saya akan membuat makanan ini untuk dijadikan sajian pada hari raya. Berikut dikenali sebagai burasak. Ia diperbuat menggunakan nasi lemak dan dilapisi daun pisang muda dan dibungkus dengan daun pisang tua semasa direbus. Ini pula dikenali sebgai lepat lui. Ia diperbuat daripa pulut yang mempunyai santan serta dilapisi juga dengan daun pisang muda. Kemudia ia akan dibungkus dengan daun pisang tua semasa direbus.

TIPS YANG DIGUNAKAN UNTUK BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Assalamualaikum, saya nak berkongsi beberapa tips yang saya amalkan sehingga menjadi seorang pelajar cemerlang STPM. 1. Menjaga hubungan dengan Allah Hubungan dengan Allah sangat perlu untuk dijaga. Hal ini kerana tanpa keredhaannya kita tidak akan berjaya walaupun kita seorang yang bijak. Tips yang boleh diberikan ialah jangan tinggal solat, istiqamah dalam membaca al-Quran serta lakukan solat-solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan solat sunat taubat. Amalan ini perlulah dijadikan amalan seharian dan jangan ditinggalkan. 2. Menjaga hubungan dengan ibu bapa Ibu bapa merupaka individu yang sangat rapat dengan diri kita, oleh itu tutur kata dan tingkah laku perlulah dijaga semasa bercakap dengan mereka. Janganlah sampai ada tutur kata atau tingkah laku kita yang boleh menyinggung perasaan mereka kerana keberkatan juga datang dari mereka. Doa ibu bapa sangat mustajab oleh itu ringankan lah mulut untuk meminta mereka mendoakan kejayaan kita  di

DETIK MANIS STPM

Assalamualaikum...kali ini saya ingin berkongsi mengenai detik manis semasa saya di STPM.  Keinginan untuk mendapatkan yang terbaik pastilah menggunung dalam diri saya kerana sejak dari sekolah rendah lagi saya tidak berjaya memberikan keputusan yang cemerlang kepada keluarga saya apabila hanya memperoleh 4A 1B di UPSR, 5A 3B di PMR dan 3A di SPM. Setiap kali mendapat keputusan saya akan berasa sedih kerana tidak mampu mendapat keputusan "straight A". Oleh hal yang demikian saya berazam pada diri saya untuk menjadi pelajar terbaik STPM.         Setelah tamat pembelajaran semester 1 di tingkatan enam saya menghadapi peperiksaan semester 1 dan memperoleh keputusan yang agak cemerlang dengan pngk 3.58. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana diluar jangkaan saya untuk memperoleh keputusan sedemikian. Namun dalam kegembiraan terselit sedikit kesedihan apabila terdapat rakan saya yang memperoleh keputusan lebih baik dengan pngk 3.92. Saya terus bertekad dan berazam untuk memp

PENGALAMAN DI TINGKATAN ENAM

         Hai semua, harini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya semasa berada di tingkatan enam. Saya memang tidak membuat permohonan untuk ke matrikulasi, UPU atau IPG selepas tamatnya SPM kerana masih belum bersedia untuk hidup jauh dari keluarga. Saya sememangnya seorang yang tidak pernah tinggal berjauhan dari keluarga walaupun saya bersekolah di sekolah berasrama. Oleh itu, saya sudah memilih tingkatan enam sebagai pilihan utama saya untuk melanjutkan pelajaran kerana sekolah berkenaan berhampiran dengan kawasan perumahan saya.           Pada asalnya saya menerima tawaran untuk ke tingkatan enam di bawah aliran sains tulen namun minat saya yang mendalam dalam bidang ekonomi, dengan persetujuan ibu dan keluarga saya, saya menolak tawaran berkenaan dan memohon untuk mengambil aliran sastera dan kemanusiaan di SMK Bandar Tenggara. Setelah berjaya menjadi pelajar aliran sastera dan kemanusiaan, saya telah memilih  kelas yang menawarkan subjek ekonomi. Di tingkatan enam sa

PENGENALAN DIRI

          Assalamualaikum, hai nama saya Nurul Syahidah binti Embok Upek. Umur saya ialah 21 tahun dan merupakan pelajar lepasan STPM sesi 2016/2017. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kulai, Johor. Sebuah negeri yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Saya bangga menjadi seorang rakyat negeri Johor. Seterusnya, saya dilahirkan pada 15 Jun 1997. Saya mempunyai lapan orang adik beradik yang terdiri daripada empat orang lelaki dan empat orang perempuan dan saya merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik beradik. Saya telah kehilangan seorang insan yang paling bermakna dan paling saya sayang dalam hidup saya iaitu ayah saya pada 4 Januari 2015.           Saya mendapat pendidikan awal di SK Felda Sungai Sibol seterunya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di SMK Bandar Tenggara 2 yang merupakan sebuah sekolah kawalan dan sekolah kluster kecemerlangan. Saya menyambung pelajaran saya ke peringkat STPM di SMK Bandar Tenggara, Johor. SMK Bandar Tenggara telah tersenarai seba